Assalamualaikum,..syukur kehadrat ILLAHI kerana kesempatan yang diberikan olehNya. Pusat Pendidikan Islam Dar At-Taqwa merupakan nama baru bagi Taqwa Tahfiz. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan telah bertukar pemilik sekaligus menukar nama kepada Pusat Pendidikan Islam Dar At-Taqwa pada tahun 2015.
Walaubagaimanapun, sekolah ini telah mengekalkan lokasinya di Bukit Jelutong malah telah berkembang ke Sek.9 Shah Alam, Denai Alam, Kelana Jaya dan Subang Bestari. Sistem Tahfiz masih lagi dikekalkan dan diberi nafas baru dengan penambahan Kafa Tahfiz sebagai satu lagi sistem pembelajaran Kafa.
Para pelajar Kafa Tahfiz turut menduduki peperiksaan Kafa seperti UPKK dan PSRA bagi pelajar tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan. Semoga penambahan ini dapat memberi satu jalan yang lebih baik kepada ibu bapa dan pelajar dalam menuntut ilmu.
Akhir kata, setiap manusia itu sama di sisi ALLAH melainkan amalanya.
Sekian, terima kasih.